Wednesday, April 2, 2014

1 year for LISA

Kronologi

NURHANNA LISA - Anugerah yang paling terindah buat aku. Aku sangat memerlukan dia untuk membahagiakan hari-hariku. Nama LISA adalah dari aku bermula dengan Melisa, si ayah tidak berminat dengan nama itu. Tapi untuk memuaskan hati aku dia memendekkan dengan Lisa. Pada mulanya aku nak namakan dia Ayatun Melisa. Untuk sengkatan Hidayat + Atun = Ayatun. Tapi itupon telah ditolak oleh ayahnya. Merepek.

Sabar jelah.Untuk Nurhanna itu adalah spontan dari ayahnya yang sedang berlayar ke Langkawi. Atas perintah pelayaran KD MAHAMIRU. Pagi itu terus dapat panggilan dari ayahnya.

"Ayang, abang dah fikir dah. Nama ni paling cantik. Nurhana Lisa."

Wow! spontan aku terus terpikat. Cahaya kasihsayang. Lisa itu tiada makna. Lisa untuk dia. Macam mama. Noraatun pon tiada makna. Itu untuk mama.

Dan pastinya aku nak spellingnya dengan touch aku. Aku doublekan n untuk kegembiraan kami berdua. Nurhanna Lisa - Anna Lisa - Hanna - Lisa. Nama yang urban right? hehehe.

Bila aku terfikir balik. Ya Betul. Muka Lisa waktu mula-mula lahir, ada sedikit kekerasan. Bukan-bukan - bukan kekerasan. Daya tahan - ok ada sedikit. Cuba lihat gambar. Anda boleh gambarkan ape yang saya nak katakan. Cuma susah nak terangkan.




Mukanya susah nak cari kelembutan kan?. So aku fikir Hanna adalah nama yang sangat sesuai dengannya. Jarang ade orang yang nama hanna mukanya lembut. Ok mungkin teori itu agak merepek. Tapi bila sebut hanna ianya sesuai sangat. Done.

Lisa. Ok terus terang aku tak ada maslah dengan pelakon Lisa surihani. Tapi aku bukan peminat dia. Cuma aku rasa dia cute-pandai-sempoi-kemas. So aku berkenan dengan nama Lisa. Orang sekarang nama anak kan bukan main cantik matching dan unik. Nama dalam bahasa Arab yang maknanya sangat osem. Itu sebab lah dalam banyak-banyak nama orang selalu tanya kenapa Lisa? Kan tiada makna, dan lagi lama dipanggil di padang mashyar.

Entah lah aku tiada jawapan untuk itu. Kecintaan aku pada nama Lisa sudah melampaui semua.

Hari-hari selepas itu.



Siang aku berjaga malam aku berjaga. Korang mesti setuju dengan apa yang aku kata. Dalam berjaga siang malam aku tak pernah hilang fokus dipejabat atau kata lain mengantuk suram guruh berdentum petir memanah. tiada. Emosi aku stabil. Belum ada yang kena marah atau aku yang kene marah. Belum. Hebatkan. 
Cuma masalah yang timbul kelewatan ke pejabat sahaja. Lambat 15minit perkara biasalah kan. Sebab sebelum ini pon lewat juga. 
Cuma yang kedua, drama biasalah. kat tv pon ade.

"bang, bangun bang.. time abg pulak jaga lisa. ayang nak tido. Bang bangun bang."
"ok2. bagi abg masa 10 minit." 

Ok. Time tu tukar shif. tapi bila shif aku dapat tido. minta 30minit la tambahan. Hahaha. Berdrama.
"ayang penat la bang. mata xboleh buka. abg jaga la jap. Sat lagi ayang bangun. Abang pergila bancuh kopi dulu."
Tapi mujurlah shif bertiga. Mak ada. Tukar-tukar shif sampai ke pagi. Tapi kalau datang kembung perut masuk angin bertiga-tiga overtime shif. Sorang urut kaki sorang cari lilin nak tunku. Sorang bancuh susu. Sorang konsoler tak bertauliah. Lisa jangan nanges. Lisa baikkan. Lisa anak baik. Tahan sikit. Jangan nangis. Dan orangnya mesti la aku.









1 Bulan - 2 May 2013






2 Bulan - 2 June 2013




3bln - 2 July 2014
















Monday, May 13, 2013

Ber2 sebelom adanya ke3

Salam bersiaran,
Add caption
Sejak 2menjak ini asyik pening2 muntah2 orang tua kata nak ada anak. Hah tol ke?

hahahaa.

berdua sebelom adanya ketiga.

Gempak x tekline yer?

hahahaa.

yelah. Betoi!

tapi sebelum tu nak hanimun last berdua.














Melawat sejarah si kota belanda.

Dekat jekan?

Sebenarnya permintaan aku yang nak merasa naik feri kat marina island.

Xpernah naik kat situ.

Nak merasa.

Nanti tak la jakun sangat.