Friday, March 11, 2011

Tangga tangga yg perlu dinaiki

perancangan untuk tahun ini?

PLAN A
1-masuk kelas English
2-Amik MUET
3-Sambung blaja-Degree OM

PLAN B
1-Masuk kelas menjahit
atau kelas memasak..

PLAN C
1-mengikuti kursus penulisan..seriusly aku betol2 minat nak jadi penulis..

PLAN D
Andai semua yer xjadi plan terakhir plan buat anak dan jaga laki..hahaha..

perancangan untuk masa depan?

menjadi business woman..
PLAN A~membuka kilang membuat kek pisang.al maklum la bapak mentua aku kan tokey pisang..bkn mjual sahaja..membekal pon sama..so xde maslah untuk dapat pisang2 yg nak dproses menjadi kek..marketing-kek memang kegemaran org kite dlm musim perayaan.even bkn musim pon kek masih mendapat pemintaan yg tinggi..

PLAN B~membuka kedai makan western.al maklum la suami ku itu kan chef..pandai wat mknan barat ni.c/chop lambchop dan sewaktu ngan yer..wat sos bbq ngan mushroom..tu bg kat laki aku saje..eh jgn xtau hotel byk offer kat laki ku tu tuk jd chef parttime wat western..tp laki ku tu xnak coz takut resipi ni jatuh kat tgn org..

PLAN C~aku pernah terfikir nak jual aiskrem..ini kerana aku adalah hantu aiskrem..jual aiskrim bkn yer susah.pasang kemah kecil tu taruh meja tgu budak skolah kuar nak balik..tp klu leh aku nak mewah skit la..paling koman aku de mesin wat aiskrem yg hgyer rm10k tu..ala yg mcm mcD py mesin tu cam tu la..br de class..hahahhaa..seriusly aku memg ske klu aku dpt wat bisness ni..

PLAN D~aku nak jadi petani moden.menanam segala jenis ulam o menanam serai o segala macam yg de la yg dapat pemintaan yg tinggi.aku suke menanam, aku ske sgt..

byk plan sebenarnye.tp tengok lah yg mane yg bersesuaian.tp wat masa ni kene stabilkan diri dulu.kumpul ilmu byk2 dulu.blaja skit2.simpan wit sikit2 bila cukup ilmu didada..wit pon de..xde halangan pepe..insyaAllah aku pasti wat.aku ske berniaga.memg cite2 dr bangku skolah nak jd bisnesswoman..harap2 tercapai la..

Friday, March 4, 2011

saat hilang cintamu...

semua ini telah ku harungi
kepahitan rasa bukan untuk selamanya
kesabaran menguatkan jiwaku
demi menyambung hidup ke akhir waktu...

Ermm da lama rs xmenulis.rasa gian mula menyegarkan mataku untuk mencoretkan kata2.kesejukkan malam mula menggigit.sepi mula menyelubungiku.malam membiarkan air selat melaka menemaniku..bintang?ah semua benda aku nak cerita..over la..hahaha..

saat hilang cintaku?
macam org putus cinta je?
bukan..
title ni aku tulis coz aku ngah layan lg sarah..ermmm..

hidup kearah fasa seterusnya..
dari fasa aku dibangku sekolah, seterusnya ke fasa remaja, fasa perkahwinan (dimana tahap aku sekarang)dan fasa kekeluargaan dan fasa ketuaan.kalau disimpulkan disini semuanya mengajar erti kedewasaan, kematangan, kebertanggungjawaban dan seterusnya..

fasa aku dibangku sekolah
bermulanya di tadika abim, batu 8lekir..abah mghantar aku kesitu disebabkan kelas untuk tadika kemas sudah penuh.jadi aku dicampakkan kesini.tp xpe, lgpon bukan aku xkenal kawan2 aku ramai disini,dayat arshad,aina,farhana...tiada kenangan apa yang aku tinggalkan disini,hanya membawa watak budak selekeh yang xsuka berlajar.
naik ke sekolah rendah di batu 10,cemerlang dalam kokurikulum,pemegang pingat emaslompat tinggi daerah manjung dan cemerlang dalam pelajaran sehingga menjadi tokoh sukan.
ke sekolah menengah,tiada apa yang menarik.cuma kelihatan seorg gadis yg mula meningkat remaja yg ingin mencuba.suka memberontak, degil, naif,mengejar cinta yang xpasti,mengejar cita-cita yg tinggi..

ke fasa keremajaan
mula matang,semakin kuat,tegar,berdikari..melanjutkan pelajaran ke poli.bertemu umi,kina liza fiza.berkawan,bergaduh,menangis,ketawa..mcm2 dugaan,hahaha..satu persatu ligat dikepalaku.berputar mengikut peristiwa..

bekerja
memulakan kerjaya sebagai setiausaha projek pembinaan UiTM puncak alam.setahun disana.diberitakan pemergian abah yg tercinta,perasaan sedih yg teramat telah membuka fikiranku untuk menjadi kuat.lebih kuat dr sebelumnya.mengajar aku untuk menerima takdir walau permulaannya terlalu mengila.satu nikmat Allah tarik dari aku.
akibat aku pulang ke kampung untuk berbakti pd mak.sakit memang sakit 6bln menganggur.akhirnya rezeki Allah ada.aku diterima menjadi warga kerja genting etika.sudah setahun lebih aku disini.syukur atas nikmatmu Ya Allah!

fasa perkahwinan
berjumpa jodoh.tetapkan hati.yakin,percaya bahawa cinta itu mencintai diri kita.andai kita sudah bertemu dengan org yg sanggup berkorban apa saja untuk kita pasti kita xkan bertemu lg selepas dia,andai sudah bertemu dengan org yg mpercayai kita, xpernah meragui,melindungi dan mengenali diri kita lebih maka tidaklah akan ditemui sifat itu lg.

fasa aku yg seterusnya ke fasa kekeluargan.
cukup matangkah aku untuk kefasa seterusnya?cukup keibuankah aku?cukup sabarkah aku?masih cukupkah kasih sayang aku?cukup kuatkah aku?

tidak...
aku rasa masih tidak..

mungkinkah itu penyebab aku xmengandung?

andai itu jawapannya..legalah aku.

sebenarnya masih banyak aku teringin buat.tp sebagai seorg isteri yg patuh pada suami terpaksa aku pendamkan.