Thursday, June 28, 2012

Semoga opah cepat sembuh

baru dpt tahu opah dah dimasukkan ke hospital. keadaannya makin lemah.

aku xpernah kenal opah mak n opah dr abah. sebab bila aku sedar-sedar saja mereka sudah tiada. jadi memg patutla aku menumpang kasih pada opah dayat.

opah dayat sangat baik. baik dengan aku. aku sayang sangat dia.

isnin lepas sempat aku bkejaran ke felda lasah. katanya opah tenat. sesampai sahaja opah terbaring dikatil. sempat bertanyakan soalan pada aku. tp aku xfaham. jadi aku urut-urut tangan2 nya.

sebelum balik sempat aku pesan supaya opah cepat sihat. aku pon sempat memohon maaf andai kata aku xsempat jumpa opah dah, andai itu hari last aku jumpa opah aku dah melesaikan urusan manusia sesama manusia. kita hidup pasti mati. jadi jgn segan silu untuk meminta maaf. aku belajar dari kematian abah. nyesalnye xdpt mintak maaf sebab time last aku jump tu aku kompom abah akan sihat kembali. sayangkan, rupanya tu last aku jump abah.

Harap-harap opah kembali sihat. weekend ni balik lagi ke felda lasah. tgu ye opah. tgu cucu menantumu ini pulang.

Thursday, June 7, 2012

DUGAAN datang lagi

ingat x post aku ritu? pasal nak mengaktifkan diri..

Ha! ingat dah kan. 2hari sudah aku post.

aku dah mula aktifkan diri. mula dengan kelas tuk kuruskan badan. oh lpe aku xpenah cter pasal berat badan aku kan? sebab aku xsuka cter la. berat2 ni sensetif. hahaha.

berat badan aku naik semakin naik dan xpernah turun. dari 60kg hingga sekarang 80kg. gler! lemak2 yg berkumpul ni berat dia 20kg. MasyaAllah!

bermula lah program aku tuk mulakan diet dan aktiviti berjoging. diet tu bkn la ketara sangat. bkn sampai xmakan nasi. aku makan semua rezeki depan mata. tp aku sekrg elakkan dari makan malam dan pastikan aku bekfes. slow2 la kan. jogging pulak aku start hari minggu. tp baru 2 minggu aku berjoging. jadi xnampak la kesanyer.

haritu aku buka fesbuk i luv manjung (ILM). pastu de la satu budak lelaki tu offer nak jadi coach. so aku pon syok la. aku dengan xcited yer bmesej la dengan budak itu. nak dijadikan cter en suami buka la fesbuk si isteri. nak wat spotcek cam bese. sekali terbaca la mesej gedik si isteri (aku rs xde la gedik mane..bese la.). apa lg naik darah ijo la laki aku. so terjadila perang beso. bese la aku bab2 bukan salah aku aku melawan.

bkn sekali dua terjadi. dah banyak kali. aku pon bodoh. dah tau laki aku kuat jeles. aku g cari nahas. dah berkali-kali pon aku masih buat lg.errrmmm!

Berkali-kali aku selalu pesan kat laki aku. Abang, percaya kat ayg. ayg tau ape yang ayg buat. ayg tau sape diri ayg. Susah bila en suami selalu menyangka yang bukan-bukan. takut ada hasutan dari mane2 pihak yang akan merobohkan tiang-tiang kepercayaan yang xlurus mane pon ini.

Pernah dia telepon umah mak aku tuk menanyakan samaada aku ada balik atau tidak. siap ty pukul berapa sampai pukul bape balik. lepas tu dia cover dia ckp aku xsampai lagi kat umah. padahal aku de depan batang hidung dia. dasyat x? boleh x dia simpan sikit kepercayaan pada aku? sikit ye? xboleh ke en suami? ko paham x pe perasaan aku bila ko menuduh yg bukan2? ko paham x pe mak aku akan fikir bila ko wat camtu? sure2 aku balik nanti mak aku bising.

aku org yg sangat sensetif bila org yang aku sayang xreti nak mempercayai aku. ditambah pulak dengan tuduhan-tuduhan yang memedihkan. aku percaya bukan aku saja klu jadi kat en suami dia juga akan merasa apa yang aku rasa.

Mempercayai bermaksud kita xperlu apa-apa syak wasangka dalam perhubungan. yakin bahawa partner kita xmelakukan apa-apa yang buruk dibelakang kita. memberi kebebasan dalam menjalani kehidupan. tetapi perlu ada had-hadyer.

Bagi aku jeles tu patut ada. patut ada dlm diri dia. tp cukup-cukup la dengan sekadar bertanya dengan baik atau jgn tanya dan jangan menuduh. Mujur aku org yg sangat memahami. aku faham dia amat menyayangi aku. dia suka mencegah bende yg xjadi supaya tidak parah. dia juga suka memastikan aku dalam keadaan baik. cuma cara dia keterlaluan.

Aku anggap en suami dah memang perangai begitu. sangat tak matang. betullah cakap org cari suami yg umor dia 5thn tua dari kita. sebab matang. memg dari segi saintisnya perempuan lebih cepat matang dari lelaki.so aku patut tgu 5thn lagi tuk dia lebih matang. bersabarlah.

bila difikirkan aku akan jadi xpuas hati. dan seterusnya akan jadi kesudahan yg xbaik. jadi aku biarkan saja ainya berlalu. umpama xpernah terjadi. boleh gelak ketawa balik. untung kan sape dapat aku?hahaha.

Wednesday, June 6, 2012

Ayuk ke Bandung

30 Mei 2012

bergerak dari lekir pada jam 9pg. Sampai dirumah anjang sudah pukul 12. Rehat. Makan2 dan bersolat.

Pukul 6 dah bergerak ke bayan lepas. Naik Flight kat sana.









Tuesday, June 5, 2012

PERMULAAN

Lamaye xmenulis. sungguh lama! 

Niat menulis tu ada tp tahap kebizian dan kemalasan melebihi dari segala-galanye. nak kata banyak cter berbukit-bukit rasanye. xpela. satu-satu nanti dimasukkan.

Berkahwin. punya suami. menguruskan kerja rumah. kebizian di ofis. kepenatan. tido. tu kerja sehari-harian aku. sehingga buku2 yg aku beli beberapa bln lepas belum lagi dpt baca. buku kegemaran aku dari ramlee awang murshid pon xdpt baca. waaaa... nanti aku akan masukkan cter pasal vacation aku dari Langkawi hingga ke Bandung. tp satu persatulah ye. sebab nak refresh balik cteryer.

Anak? yela mungkin sebab aku masih belum py anak yang sangat memberi tekanan pada aku. hidup aku xceria. aku makin jeles. sebanyak mane aku bfikiran positif pasti aku kalah dgn perasaan aku. aku kan manusia. sumpah! aku xpenah makan ubat perancang. gler!aku nak anak xkan le aku nak makan ubat tu. Astaga sape la yg bodoh ty soalan camtu. ketuk pala kang! ubat? berlambak ubat dah aku makan. jamu. asid folic. vit B. xpenah tinggal. mengurut pon sudah. carta period aku pon dah blambak dah aku catit. kiraan subur sume da perfect. mintak pada Allah. sudah. sudah. cuma last ikhtiar ni xwat lg. jump doc. Allah bab ni yg neves. ermmm. xtau la sampai bila tahap keberanian aku aku pon xtau. tp bio la aku iktiar dgn cara len dulu. sebab aku xleh tima kenyataan klu doc kata masalah tu dtg dari aku. aku xleh. pasti aku akan berniat tuk tingglkan suami aku yg tercinta itu.

Bosan kan asyik cter pasal anak. korang bosan aku lagi la bosan. tp xpela. even klu bukan rezeki aku aku terima seadanya. andai suami aku tu tingglkan aku aku pasrah. sebab aku xleh pentingkan diri sendiri. aku patut wat ape yg patut aku wat. klu dia xnak dan minta tuk bkawen lagi aku redo. sgt redha. dan aku akan cari yg terbaik tuk dia. cewah cam cter melayu lak. cam kat drama2 tiap mlm sabtu tu. hehe. serius!aku akan redha..

Bila aku redha aku akan berfikir yang baik-baik. aku mula merancang hidup aku. sape lagi yg boleh bantu aku klu bkn diri aku. kali ini perancangan aku untuk mula aktifkan diri. masuk kelas memasak. menjahit. potografi. erobik. sebab aku dah xnak hidup aku sunyi. aku sunyi. pelik kan? tp aku betol2 sunyi. kalu kira masa sehari aku dengan en suami aku rasa leh kira ngan jari je. entah aku pelik. en suami semedang keluar umah. balik sure2 aku dah tido. kawan dia lebih penting dari aku. kawan? aku kenal laki aku. kawan2 dia sume aku kenal. p? mungkin ada. tp sape la nak kat laki aku tu. klu nak meh jump aku. xde hal py. aku ni xsuka bergaduh p sama p. klaka la. gaduh semata2 kerna seorg lelaki.

Air mata aku dah xde dah bila aku ckp aku sunyi. dulu aku rasa tertekan. sekarang aku mula memberontak. sejak kawen aku dah mula hilang kawan. kawan laki memg dah xde la. kawan p pon aku susah nak jumpa. susah. even bila diorg kawen pon aku tak dpt hadir. sebab jadual en suami lagi padat tuk aku follow dia. sudahyer aku dah xpy kawan. aku dah xkuar. aku dok terperap dlm rumah. peneman aku pokok2 aku. tv. dapur aku. resipi terbaru. itu je. sedih kan?. aku tahu en suami pon paham keadaan aku. tp dia cuba tuk tidak memikirkan yer.

waaa...pjg dah post aku kali ni. tu la klu dpt menulis memg xhingat dunia. hahaha. korg pon mesti dah boring kan. okla. cter terluka terlara tu sentiasa ada dlm hidup kita. yg penting cara kita tuk mengatasinya. sume yg terjadi dah ditentukan. kerja kita bkn untuk mengelak. kerja kita utk menghadapi. menerima bkn membuang. setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan.