Thursday, January 21, 2010

akhirnya aku dpt jaw...thanks Allah!

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

nice word?

klik la kat link dia

tulis..xleh klik

http://ms.langitilahi.com/motivasi-tenanglah-tenang-ia-kan-datang/

Aku pun search this page..

Tenanglah tenang, ia kan datang.

~by Hilal Asyraf~

Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? Pernah rasa sempit sehingga menyesakkan? Gagal dalam sesuatu perkara kemudian tenggelam dalam kekecewaan? Diuji hebat sehingga rasa kesesakan?

Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan. Lebih buruk lagi, sehingga satu tahap, kekecewaan kita sampai kepada kehilangan kepercayaan kepada Allah SWT. Kita kata…

Allah sudah tinggalkan kita.

Tenang. Tenanglah tenang.

Sesungguhnya pertolongan itu akan datang.

Hakikat ujian

Segala yang menyukarkan itu adalah ujian. Segala kesenangan juga adalah ujian. Jangan rasa sempit apabila anda disusahkan sesuatu. Belajarlah untuk berlapang dada. Anda kena yakin bahawa, hidup adalah ujian. Ya, hidup itu sendiri satu ujian. Susah senang, semuanya ujian.

Yang anda perlu kisah, bukannya ujian anda itu senang atau susah, yang anda perlu kisahkan adalah kenapa Allah memberikan ujian? Kenapa tidak Allah permudahkan sahaja segala perkara?

Di sini jawapannya:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Ya, ujian itu untuk menguji keimanan. Itu hakikatnya. Maka, ujian dalam bentuk kesusahan, ujian dalam bentuk kesenangan, semuanya bertujuan untuk perkara ini.

Menguji keimanan.

Jadi, kalau sehingga anda rasa telah ditinggalkan Allah, maka bagaimana dengan keimanan anda?

Kekal percaya

Satu pesan Ustaz Mahadzir(Ketua Warden MATRI) yang saya tidak pernah lupakan adalah:

“Hilal, enta kena bersangka baik dengan Allah”

Ya, bersangka baik dengan Allah yang mengatur segala-galanya. Tahukah kita bahawa, apa sahaja yang Allah aturkan dalam kehidupan kita, adalah baik untuk kita?

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Jadi, kenapa kita tidak boleh bersangka baik kepada Allah SWT? Sedangkan Dia Maha Mengetahui, dan kita tidak mengetahui apa-apa?

Susah. Ya, memang susah. Saya sering kata, kalau inginkan syurga yang kesenangannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terlintas di dalam jiwa, maka pasti usahanya menggegarkan dunia.

Sebab itu, Allah menyatakan dalam firman-Nya:

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Mereka sehingga teruji, hingga mereka berkata: “Di manakah pertolongan Allah?”

Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Adakah anda percaya?

Selepas kesusahan, akan ada kesenangan

Kesusahan yang menyentuh kita, pasti akan berakhir. Namun sejauh mana kekuatan kita untuk sabar? Di sinilah kita perlu letakkan titik muhasabah kita.

Setiap kesusahan, akan diiringi kesenangan bagi sesiapa yang tabah melaluinya.

Allah SWT berfirman:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

Dan lihatlah apa firman Allah SWT dalam surah sebelumnya:

“Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi, (Bahawa) Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)” Surah Ad-Dhuha ayat 1-3.

Ya, Allah tidak membenci kita. Jauh sekali meninggalkan kita.

Saya belajar dalam tafsir Al-Quran, bahawa perkataan Dhuha digunakan, adalah kerana ia waktu matahari naik dan dunia terang benderang. Bermakna – telah datang bantuan/kesenangan. Dan malam digunakan, kerana waktu itu gelap. Maka bila Allah berfirman: Dan malam apabila ia sunyi-sepi bermakna – dan apabila kesukaran telah berlalu/ dan apabila kesempitan telah berlalu dan sebagainya.

Ayat ini turun semasa Rasulullah SAW dalam kesukaran. Wahyu terputus agak lama. Sehingga Rasulullah SAW merasakan yang Allah meninggalkan baginda. Maka Allah menurunkan ayat ini, sebagai penenang jiwa baginda.

Penenang, untuk jiwa kita juga.

Yang menyatakan bahawa kita beriman kepada-Nya.

Penutup: Bagi yang teguh, dia akan bahagia

Saya kira, perjalanan tersukar dalam sejarah kehidupan ini adalah perjalanan hidup Rasulullah SAW. Baginda memulakan dakwah dalam keadaan sangat sukar. Dicaci, dihina, dibaling najis, dicederakan, cuba dibunuh dan dikhianati oleh kaum munafiq dan pelbagai lagi cubaan. Lebih-lebih lagi di fasa Makkah, terdapat banyak kesukaran yang baginda hadapi, antaranya dipulau selama 3 tahun 3 bulan sehingga terpaksa memakan daun kering.

Tetapi baginda dan para sahabat tabah. Kekal percaya dengan janji-janji Allah SWT. Tidak duduk diam, malah berusaha dengan kuat untuk mengejar janji-janji Allah SWT.

Akhirnya, kita lihat kegemilangan mereka di akhir period dakwah Rasulullah SAW.

Dan bukanlah di dalam kesukaran itu semuanya menyempitkan.

Bagi yang tenang, dalam kepahitan itu ada kemanisan.

Namun siapakah yang benar-benar beriman?

Monday, January 18, 2010

bila jari menari bila hati ingin menyanyi....

(terimbau kenangan time sekolah. that was a great experience!)

aku!headgirl..tahun 2003.bangga yer aku time diumumkan aku ketua umum aspuri..ku rasa aku la yg paling bertuah diberi kepercayaan yg sampai begitu sekali..WAH!

walhal aku sebenarnya xpernah menyangka akan diduga begini.bermula la jln hidup yg sukar tuk aku atas 1peristiwa yg aku sendiri xmengerti..sampai sekarang..aku stil mencari jaw..

ceritanya begini...

Petang ni de latihan tenis kan kakak?

"yela kot.."kakak-namanya norsalawati tp kitorg panggil kakak..tah da sume panggil dia kakak!aku pun da terpanggil kakak..padahal dia muda dari aku..

ermmm nt kite g sama2 ek..kakak mengangguk!
................................................................

Awak!..dekwan mendekatiku.

Npe?Aku memandangnya..

nak ikut kitorg x?

kemane?

g siti?

siti mane?

siti nurhaliza la...

kat mane?melonjak2 rasanya aku time tu..dia ni tau2 je aku ni peminat siti!

kat lumut r..pesta air!

nak2!tanpa byk ty aku terus setuju..

tp xkan aku sorg perempuan?ajak kakak leh?

g r ty..

jap ek..

...........................................................................

tanpa berfikir panjang aku, kakak, aie, dekwan n stim tumpang cikgu @#$^$%&(aku xingat r name cikgu tu..ish lpe tol)..dia r yg bw kitorg g lumut..

sampai di lumut kitorg berhenti kat hotel allstar.Lepak kat situ sementara menunggu dekwan jumpa his dad..

time ngah syok lepak kat lobby..tiba2 siti lalu..pergh!cantikyer dia...ngan bj hijau.cantik...cantik sangat!tergamamnye aku ngok siti sampai la dia ilang dr pandangan..las aku mengeluh..

nape la kite xde kamera..klu x dpt tangkap ngan siti....Aku meluahkan rs kesalnya aku..

2la..

bila nak g ni..pesta air da start ni!aku mula bosan.diorg ni xnak gerak ke!aku da mati kutu kat sini..xkan nak ngok pasu bunga ngok receptionist tu..aiya!

Tiba2 ramai kelibat keluar dr lift..

eh Sultan Perak!

spontan kitorg berdiri..

ni kenapa xpergi lagi?.Sultan Perak Sultan Azlan Shah memandang wajah aku.bayangkan kelu lidah aku..sampai aku speechless..banyangkan..

kakak yg jaw.."sikit lagi g la.."

org kebanyakakn kat belakang Sultan sume gelak...spontan kitorg sume senyum..

............................................................................

Aku pandang dekwan.xdinafikan aku memg sukakannya..(tp aku still xmengerti npe bila dengannya aku xleh jadi aku.aku mesti berusaha tuk bg dia selesa walhal aku xpatut lakukan..)aku cuba jadi sesempoi aku..tp aku xleh coz aku takut bila aku jd camtu dia xsuka..o maybe klu aku cuba sumenye nampak diwat2.ish pelik r.aku pun xtau npe?coz aku berusaha nak jadi yg terbek tuk dia..

angin selat melaka menyapa tubuhku.terasa sgt bahgia saat tu.bersama org tersyg menikmati sinar cahaya lampu neon di malam yg gelap.membilang bintang didada langit.berlagu bersama ombak yg memukul pantai..redup matanya memandang aku..bulan menjadi saksi!tidakkah itu terlalu bmakna bagiku?

dekwan!

...........................................................................................

1pg!

nak lek asrama o nak tido umah aku?dekwan bersuara

aku rs kita lek ja..aku xsedap ati r..ayie menyatakan pendapat.

sampai asrama!

wei tol ke nak panjat ni?

tol r!

xnak r

terpaksa...

xnak!

cepat wei

nt kte kantoi kang!

aku mula memanjat pagar..

................................................................................................

aku berdiri dihadapan pelajar tingkatan 3 n tgkatan5..bersama Al-Quran ditangan..

memg awak nak pergi tengok siti?

aku mengangguk."nak!"

xder sape mempengaruhi kamu?

aku mengeleng."xder"

seronok sangat ke ngok Siti?

aku terdiam.langsung wajah bengis warden Cikgu Nazri tidak ku pandg.kecutnya aku serasa tak mampu berdiri..begangnya aku xdapat diungkap!

Begang?

coz kekantoilan kitorg disebabkan ainol!

saya xsangka KU aspuri leh panjat pagar!

dewan makan bergema gelak!mereka semua mengejekku!arghhhhhhhh!bodoh!

......................................................................

sakit?cikgu roslina memegang tanganku.bekas garis rotan masih merah.lalu diusapkan..

len xjangan wat da..

aku mengeleng..menakung air dimataku..

...................................................................

Teruknya!

aku meraup mukaku. apa salah aku?

janji nak berubah da aku lakukan!

npe?

npe?

npe kesalahan tu xleh dimaafkan?

.........................................................................

akak terpaksa kuar

tp npe?

coz aku xlakukan ngan baik

xkan nak mengalah!najwa memberontak..

it's ok korg de byk lg masa..korg leh betulkan pe yg akak da wat..

tp kak!kak atun leh betulkan..

x..aku mengeleng.akak xmampu harunginya...

pengecut!

....................................................................................

percayalah jika aku mengerti pasti aku tidak melakukan!cinta itu membutakan aku..membawa aku ke tempat yg memusnahkan aku.hidup aku!everything bout me!

Andai aku sematang ini xmungkin aku lakukan..
andai aku sematang ini mungkin aku akan membetulkan..
andai aku sematang ini aku mampu untuk menghadapinya!
andai aku sematang ini aku akan lakukan dengan sebaik mungkin..

npe diwaktu itu aku xsematang ini?
coz-maybe aku xkandapat merasai sakitnya bila jatuh yg xdpt dibetulkan..
-maybe aku xkan dpt rs tabahnya aku atas bodohnya kerdilnya aku
-maybe aku xkan dpt rs aku adalah manusia yg selalu membuat pilihan yg salah!

may Allah bless..

Friday, January 1, 2010

dtgnye tahun 2010..

terjaga dr tido yg terlalu lena..i'm miss my father..melayang2 ingatan pada 3hr aku mjaga abah di hospital..lantas air mata menitis laju..menghambat aku dgn rs yg sungguh2 xdpt aku ungkapkan..pepun Al Fatihah untuknya..moga Allah mencucuri rahmat pd rohnya..

tahun br kembali..azam pun aku ukirkan satu persatu..
kerja-cari kerja..
da kerja simpan wit..
byr ptptn..
g wat hajah ngan mak..
n melancong..
-reunion wit ma classmate in feb-genting
-g kota kinabalu wit anjang family
-n lastly nak g melaka wit umie n the geng..
-n maybe join faridah g pulau perhentian..honeymoon.

aku berharap aku cepat2 dpt keje..aku nk wat bisnes..a small bisnes..ice blended-produk kopi dagang-kursus da g da ritu sampai demam2-aiya!

Tuesday, November 10, 2009

Yakin

Artist: Radja
Bukalah hatimu untuk diriku
Sebelum cinta hilang
Seperti bintang kupuja dirimu
Seperti malam datang

Yakinkan cintamu kepadaku
Agar aku bisa memiliki
Setulus hatiku mencintai dirimu

Lupakanlah semua mimpi-mimpi
Walaupun bayangnya menghantui
Yang kadang selalu ingin memilih cinta

Katakan bila hatimu tak bisa
Memberi cinta yg indah
Jangan memaksakan ingin yg lain
Tunggulah cinta memanggil

Bukalah hatimu untuk diriku
Sebelum cinta hilang

Aku hanya ingin cinta itu pasti
Jangan ada lagi keraguan
Aku hanya ingin cinta yg abadi
Seperti air

Tuesday, October 6, 2009

RAYE..

tahun ni....
bezanya abah tiada..
bezanya air mataku jatuh xtertahan
bezanya saat yasinku bc
bezanya tempatye berlainan
bezanya tgn ku xdpt menyalami
bezanya perhubgn di alam len
bezanya perasaanku
bezanya aku xtau sampaikh salam ku?
bezanya keyakinanku
bezanya semakin tabah
bezanya terlalu byk...



untuk abah
alfatihah ku hadiahkan

untuk kila
yg pulg bry di m'sia..
terubat jugak kerduan

untuk mak
ampun maaf dipinta

untuk family tercinta
dun wori wit sawit da kasi
gunakan sebek mgkin

untuk anak2 sedaraku
sori thn ni tarak wit
nk ks wit ry..

untuk diriku
tabahkan ati

untuk si dia
wit ry mne?

untuk kengkwn
dtgla beraya

untuk keluarga mentua
i luv u all sapot..
hg aku msh lg bertahan

untuk sume yg mbaca
yg mengenali dr ini
keampunan diminta

mgo Allah memberkati
perjalanan idup kita ni..

byk dugaanye..
adapi dgn tabah...

Tuesday, September 15, 2009

hilangkanlah segalanya

sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus ku nanti
saat indah setelah kau pergi

inginku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya pada mu aku meminta aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkan lah segalanya ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkan lah segalanya ku tak ingin lara lagi
hilangkan segalanya

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan

Thursday, September 10, 2009

berniaga di Bazar Ramadhan

kira2 nak sebulan da aku berniaga...rs cam xpercy je..
dlu aku seorg pembeli
skrg aku menjadi penjual
different sesgt...

dr bazar..
byk aku blajar...
byk aku melihat..
byk juga aku bercakap....

bkn seng nak dpt wit...