Sunday, April 3, 2011

seorg insan yg dipanggil anak

Mukaddimah
Sudah tujuh bulan mendirikan rumah tangga. Berbagai dugaan dah diredahi. Dalam byk kepahitan berumahtangga ada juga manisnya. Manisnye yang tiada kata-kata untuk digambarkan. Malangnya manis ini akan hilang bila marah menguasai diri.

Teringin anak
Terlalu menginginkan. sangat! bila lihat fesbuk kengkawan semua update berkenaan baby aku makin gelisah. aku mula takut. aku mula terdesak. Aku makin jadi manusia yg tak bersyukur. aku mula jeles. aku mula menyalahkan diri aku. Sehingga mula menjauhkan diri dari suamiku sendiri!

Perlunya seorg anak
Mulanya aku tak berapa kisah sgt sebab aku rasa komitmen aku dan suami masih belum ke arah itu. Tapi bila aku fikir mereka jugak xpernah bsedia tuk itu tp bila dah dpt mereka ok saja?jd apa maslahye kalau aku dapat?aku xcukup bagus ke tuk mempunyainya? tapi kenapa aku yg diduga? Kala itu hati mana yang tidak kecewa? aku perlukan seorg anak bukan untuk menyaingi sesiapa. Apatah lagi kawan-kawan yang bersamaku mendirikan rumah tgga sudah memilikinya. Aku perlukannya untuk membahagiakan aku, membahagiakan suami aku dan yang paling penting menjadi pewaris dari darah aku sendiri.

Dugaan
Aku malu sebenarnya. Aku malu pada mak mentua aku yang nak sangat aku bagi dia cucu. Aku rimas bila de org cakap nape tak buat ini, kenapa tak buat camni, nape tak g sini, cubala ubat ini, nape bla bla bla.. dan dtg pula dugaan yang membuatkan aku makin lemah. bermula dengan 2 kakak ku disahkan hamil, kakak ipar aku hamil. Aku makin tertekan. pelbagai usaha semua tak membuahkan hasil.

Tersedar
Hingga satu hari aku tersedar. Allah dah tentukan hidup aku begini. Dia xbagi sebab dia nak bagi yg lebih baik dari tu. Jadi sebagai manusia aku patut pasrah.



No comments: