baru dpt tahu opah dah dimasukkan ke hospital. keadaannya makin lemah.
aku xpernah kenal opah mak n opah dr abah. sebab bila aku sedar-sedar saja mereka sudah tiada. jadi memg patutla aku menumpang kasih pada opah dayat.
opah dayat sangat baik. baik dengan aku. aku sayang sangat dia.
isnin lepas sempat aku bkejaran ke felda lasah. katanya opah tenat. sesampai sahaja opah terbaring dikatil. sempat bertanyakan soalan pada aku. tp aku xfaham. jadi aku urut-urut tangan2 nya.
sebelum balik sempat aku pesan supaya opah cepat sihat. aku pon sempat memohon maaf andai kata aku xsempat jumpa opah dah, andai itu hari last aku jumpa opah aku dah melesaikan urusan manusia sesama manusia. kita hidup pasti mati. jadi jgn segan silu untuk meminta maaf. aku belajar dari kematian abah. nyesalnye xdpt mintak maaf sebab time last aku jump tu aku kompom abah akan sihat kembali. sayangkan, rupanya tu last aku jump abah.
Harap-harap opah kembali sihat. weekend ni balik lagi ke felda lasah. tgu ye opah. tgu cucu menantumu ini pulang.
1 comment:
insyaAllah, moga cepat sembuh!
Post a Comment