Lamaye xmenulis. sungguh lama!
Niat menulis tu ada tp tahap kebizian dan kemalasan melebihi dari segala-galanye. nak kata banyak cter berbukit-bukit rasanye. xpela. satu-satu nanti dimasukkan.
Berkahwin. punya suami. menguruskan kerja rumah. kebizian di ofis. kepenatan. tido. tu kerja sehari-harian aku. sehingga buku2 yg aku beli beberapa bln lepas belum lagi dpt baca. buku kegemaran aku dari ramlee awang murshid pon xdpt baca. waaaa...
nanti aku akan masukkan cter pasal vacation aku dari Langkawi hingga ke Bandung. tp satu persatulah ye. sebab nak refresh balik cteryer.
Anak? yela mungkin sebab aku masih belum py anak yang sangat memberi tekanan pada aku. hidup aku xceria. aku makin jeles. sebanyak mane aku bfikiran positif pasti aku kalah dgn perasaan aku. aku kan manusia. sumpah! aku xpenah makan ubat perancang. gler!aku nak anak xkan le aku nak makan ubat tu. Astaga sape la yg bodoh ty soalan camtu. ketuk pala kang! ubat? berlambak ubat dah aku makan. jamu. asid folic. vit B. xpenah tinggal. mengurut pon sudah. carta period aku pon dah blambak dah aku catit. kiraan subur sume da perfect. mintak pada Allah. sudah. sudah. cuma last ikhtiar ni xwat lg. jump doc. Allah bab ni yg neves. ermmm. xtau la sampai bila tahap keberanian aku aku pon xtau. tp bio la aku iktiar dgn cara len dulu. sebab aku xleh tima kenyataan klu doc kata masalah tu dtg dari aku. aku xleh. pasti aku akan berniat tuk tingglkan suami aku yg tercinta itu.
Bosan kan asyik cter pasal anak. korang bosan aku lagi la bosan. tp xpela. even klu bukan rezeki aku aku terima seadanya. andai suami aku tu tingglkan aku aku pasrah. sebab aku xleh pentingkan diri sendiri. aku patut wat ape yg patut aku wat. klu dia xnak dan minta tuk bkawen lagi aku redo. sgt redha. dan aku akan cari yg terbaik tuk dia. cewah cam cter melayu lak. cam kat drama2 tiap mlm sabtu tu. hehe. serius!aku akan redha..
Bila aku redha aku akan berfikir yang baik-baik. aku mula merancang hidup aku. sape lagi yg boleh bantu aku klu bkn diri aku. kali ini perancangan aku untuk mula aktifkan diri. masuk kelas memasak. menjahit. potografi. erobik. sebab aku dah xnak hidup aku sunyi. aku sunyi. pelik kan? tp aku betol2 sunyi. kalu kira masa sehari aku dengan en suami aku rasa leh kira ngan jari je. entah aku pelik. en suami semedang keluar umah. balik sure2 aku dah tido. kawan dia lebih penting dari aku. kawan? aku kenal laki aku. kawan2 dia sume aku kenal. p? mungkin ada. tp sape la nak kat laki aku tu. klu nak meh jump aku. xde hal py. aku ni xsuka bergaduh p sama p. klaka la. gaduh semata2 kerna seorg lelaki.
Air mata aku dah xde dah bila aku ckp aku sunyi. dulu aku rasa tertekan. sekarang aku mula memberontak. sejak kawen aku dah mula hilang kawan. kawan laki memg dah xde la. kawan p pon aku susah nak jumpa. susah. even bila diorg kawen pon aku tak dpt hadir. sebab jadual en suami lagi padat tuk aku follow dia. sudahyer aku dah xpy kawan. aku dah xkuar. aku dok terperap dlm rumah. peneman aku pokok2 aku. tv. dapur aku. resipi terbaru. itu je. sedih kan?. aku tahu en suami pon paham keadaan aku. tp dia cuba tuk tidak memikirkan yer.
waaa...pjg dah post aku kali ni. tu la klu dpt menulis memg xhingat dunia. hahaha. korg pon mesti dah boring kan. okla. cter terluka terlara tu sentiasa ada dlm hidup kita. yg penting cara kita tuk mengatasinya. sume yg terjadi dah ditentukan. kerja kita bkn untuk mengelak. kerja kita utk menghadapi. menerima bkn membuang. setiap kesulitan itu pasti ada kesenangan.
2 comments:
salam,
oo..camtu ye hidup seorang isteri? huhu.. xbestnyer~~~
akak, join la usrah! mesti akak dapat banyak teman! ade ikram manjung yang boleh akak join.. dyorng banyak aktiviti kemasyarakatan.. ala, yang baik2 tu..
join la. hidup kita ni bukan utk jadi hamba suami je.. kita hamba Allah.. hehe
itu cter sunyi,,,sekarang cter bizi..hidup kan?bila dah bizi jaga anak dah rindu zaman kesunyian dulu tu..
Post a Comment